Selamat Datang

Anda Boleh Memberikan Komen dan Cadangan Tentang Blog Saya Di Setiap Catatan Yang Saya Siarkan. Semoga Dengan Komen Dan Cadangan Anda Dapat Membantu Pelawat Lain. Sekian. Terima Kasih.....

Wednesday, November 18, 2009

Kesalahan perkataan BORED dan BORING

Apabila kita berasa bosan kita selalu kita sebut “boringnya...” Ini mungkin bahasa rojak bagi kita. Tetapi awas kerana mungkin tersilap jika menterjemahnya bulat-bulat.

Baiklah mari kita lihat cara penggunaan perkataan BORING dan BORED yang betul.

BORED ialah kata sifat yang menceritakan ketidakseronokan seseorang sebab tiada apa yang nak dilakukan.

Sebagai contoh:
She was so BORED that she fell asleep.
Dia berasa bosan lalu tertidur.


BORING juga adalah kata sifat. Namun ia bermaksud sesuatu yang tak seronok dan tak mengujakan.

Contoh:
The lesson was so BORING that she fell asleep.
Pelajaran itu sungguh membosankan lalu dia tertidur.


Kesimpulannya kalau kita nak katakan ‘seseorang itu berasa bosan’ gunakan BORED manakala kalau nak katakan ‘sesuatu itu membosankan’ gunakan BORING.

0 ulasan: