Selamat Datang

Anda Boleh Memberikan Komen dan Cadangan Tentang Blog Saya Di Setiap Catatan Yang Saya Siarkan. Semoga Dengan Komen Dan Cadangan Anda Dapat Membantu Pelawat Lain. Sekian. Terima Kasih.....

Monday, November 23, 2009

Kesalahan penggunaan perkataan ACCEPT dan EXCEPT

Kedua-dua perkataan ini agak mengelirukan.
Ini kerana kedua-dua perkataan ini mempunyai bunyi yang sama tetapi berbeza dari segi ejaan.

ACCEPT dimulakan dengan huruf ‘AC’ manakala

EXCEPT pula dimulakan dengan huruf ‘EX’.


ACCEPT ialah kata kerja yang bermaksud setuju untuk melakukan sesuatu. (menerima)

Contohnya: "I always ACCEPT good advice."
Saya selalu menerima nasihat yang baik.


EXCEPT pula ialah kata sendi atau kata penghubung yang bermaksud kecuali.

Contohnya: "I teach every day EXCEPT Sunday(s)."
Saya mengajar setiap hari kecuali hari Ahad.


***Jadi selepas ini pastikan anda tidak melakukan kesalahan dengan menggunakan ACCEPT untuk maksud EXCEPT dan sebaliknya.

Wednesday, November 18, 2009

Kesalahan perkataan BORED dan BORING

Apabila kita berasa bosan kita selalu kita sebut “boringnya...” Ini mungkin bahasa rojak bagi kita. Tetapi awas kerana mungkin tersilap jika menterjemahnya bulat-bulat.

Baiklah mari kita lihat cara penggunaan perkataan BORING dan BORED yang betul.

BORED ialah kata sifat yang menceritakan ketidakseronokan seseorang sebab tiada apa yang nak dilakukan.

Sebagai contoh:
She was so BORED that she fell asleep.
Dia berasa bosan lalu tertidur.


BORING juga adalah kata sifat. Namun ia bermaksud sesuatu yang tak seronok dan tak mengujakan.

Contoh:
The lesson was so BORING that she fell asleep.
Pelajaran itu sungguh membosankan lalu dia tertidur.


Kesimpulannya kalau kita nak katakan ‘seseorang itu berasa bosan’ gunakan BORED manakala kalau nak katakan ‘sesuatu itu membosankan’ gunakan BORING.

Kesalahan Penggunaan Perkataan ANY ONE dan ANYONE

Nampak macam sama tapi tak serupa.

ANY ONE terdiri daripada dua perkataan manakala ANYONE hanya satu perkataan.

ANY ONE bermaksud mana-mana orang atau benda daripada satu kumpulan orang atau benda. Masih tidak faham?

Mari kita lihat contoh.
I can recommend ANY ONE of the books on this bookstore.
Saya boleh mengesyorkan mana-mana satu buku dari kedai buku ini


ANYONE pula bermaksud sesiapa.

Contoh:
Did ANYONE see that UFO?
Ada sesiapa melihat UFO itu?

***Jadi selepas ini pastikan anda tidak terkeliru lagi dengan perkataan Anyone dalam satu perkataan dan Any one dalam dua perkataan. Ok?

Kesalahan Penggunaan Perkataan AFFECT dan EFFECT

AFFECT dimulai dengan ‘AF’ manakala EFFECT bermula dengan ‘EF’.

AFFECT biasanya bertindak sebagai verb atau kata kerja (tindakan).
Ia bermaksud memberi kesan kepada seseorang atau sesuatu atau mempengaruhi dan mengubahnya.

Contoh:
The noise outside AFFECTED my performance.
(Bunyi bising di luar memberi kesan kepada persembahan saya.)


EFFECT pula biasanya ialah noun atau kata nama (benda).
Ia boleh membawa maksud akibat atau kesan terhadap seseorang atau sesuatu.

Contoh:
Getting to fat is one of the EFFECT of eating too much.
(Jadi gemuk ialah akibat dari makan yang terlalu banyak.)

The television programme had a strong EFFECT on her.
Rancangan televisyen itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadapnya.

***Perhatian : Effect selalunya diikuti dengan kata sendi on atau didahului oleh artikel an dan the.

Kesalahan Penggunaan Perkataan ADVICE dan ADVISE

Bunyi bagi kedua-dua perkataan ini adalah sama dan tiada bezanya.
Apa yang membezakannya ialah ejaan iaitu ;

ADVICE diakhiri dengan ‘CE’ manakala ADVISE diakhiri dengan ‘SE’.


***Mari kita lihat satu persatu***


ADVICE ialah kata nama yang bermaksud nasihat.

Contohnya: "I need someone to give me some ADVICE."
Saya perlukan seseorang untuk memberikan saya sedikit nasihat.

ADVISE pula ialah kata kerja bagi perkataan ADVICE, yang bermaksud menasihati.

For example: "I ADVISE everybody to be nice to their teacher."
Saya menasihati setiap orang supaya berbuat baik dengan guru mereka.

***Jadi sebelum menggunakan perkataan ini, lebih baik anda memberi perhatian kepada dua huruf terakhirnya samada ‘CE’ atau ‘SE’ untuk mengelakkan kesalahan.

Friday, October 23, 2009

Petanda Si Dia Jodoh Kamu

Petanda 1Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki
usia hubungan yang panjang adalah dengan
adanya saling kerjasama.
Kamu dan dia selalu
dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu
dapat melalui segala aspek kehidupan secara
bersama-sama.
Dan semuanya terasa amat
menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan
orang lain. Apakah kamu sudah merasakan
perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada
harapan bahawa dia adalah calon pendamping
hidup kamu!
Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau
tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan
adalah kemampuannya bersikap bersahaja di
depan kamu.. Cuba sekarang perhatikan, apakah
gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya
rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya
mengesankan apa adanya? Apakah setiap
ucapannya selalu tampak spontan dan tidak
dibuat-buat? Jika tidak, maaf kemungkinan besar
dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua
dapat selalu saling tahu.
Dan bila kamu atau si dia
dapat saling membaca fikiran dan menduga
reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada
situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah
destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu
menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan
tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu
dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa
bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua
kelak akan saling terikat.....

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun.
Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam
hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat
bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah
dia orang pertama yang datang memberi bantuan
tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu
faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu
keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi.
Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga
kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat
bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-
malu menceritakan masa lalunya..... Nah, kalau
begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima
kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan
kamu tak malu-malu perlihatkannya pada si dia..
Bahkan pada saat kamu tampil 'buruk' di
depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun
tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama
dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya
kepada kamu tentang kelemahan dan
kekurangannya. .. Nah! Kamu dan dia memangnya
disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di
tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat
kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak
dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya,
maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan
sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu
temukan padanya

<!--[endif]-->

Tuesday, May 05, 2009

ETIQA TAKAFUL


MEDIC-SAVE RIDER ( MEDICAL CARD )

Kami merupakan satu kumpulan juru-runding kewangan bagi industri Insurans Takaful yang bertindak sebagai wakil / ejen bagi Syarikat eTiQa Takaful Sdn Bhd (Sebelum ini dikenali sebagai Etiqa Takaful Sdn Bhd), iaitu sebuah syarikat peneraju Takaful di Malaysia.

Anda mempunyai medical card eTiQa Takaful, apa yang dilindungi?

Medical card eTiQa Takaful atau nama betulnya Medic Save Rider banyak membantu anda dikala anda amat memerlukan bantuan perubatan. Medical card ini digunakan jika anda dimasukkan ke hospital.Tujuannya adalah untuk membantu anda membayar bil-bil hospital yang melambung tinggi sekarang, terutamanya di hospital swasta.Pelan baru ini memberikan skim perlindungan yang direka khas dengan memberikan anda perlindungan perubatan yang menyeluruh.

Ia dilengkapi dengan tuntutan bayaran balik perbelanjaan perubatan kemasukan ke hospital, pembedahan dan rawatan.

Peserta akan menerima :-

· Faedah menyeluruh kemasukan dan pembedahan untuk pesakit dalam.
· Faedah rawatan kecemasan untuk pesakit luar.
· Pilihan lanjutan perlindungan.
· Kad perubatan untuk kemudahan pendaftaran ke panel hospital.
· Faedah kadar sumbangan cemerlang yang berpatutan.



Contoh Medic-Save Rider Medical Card
PERHATIAN !!!....

Peserta hanya perlu membayar 10% sahaja pada setiap kemasukan dan pembedahan di mana-mana hospital dalam dan luar negara. Baki 90% akan dibayar terus kepada hospital setelah anda pulang.
*** Jumlah Sumbangan adalah mengikut jantina dan peringkat umur seseorang peserta.***

InsyaAllah pihak kami dapat memberikan perkhidmatan yang sewajarnya bagi memenuhi permintaan anda.

Hubungi kami di ~

Nama : Noraziah Binti Khasron
No Wakil : WAF45240
Tel / SMS : 013-7299319 / 014-6683784
@ email me at : nora_khasron@yahoo.com