Kedua-dua perkataan ini agak mengelirukan.
Ini kerana kedua-dua perkataan ini mempunyai bunyi yang sama tetapi berbeza dari segi ejaan.
ACCEPT ialah kata kerja yang bermaksud setuju untuk melakukan sesuatu. (menerima)
Contohnya: "I always ACCEPT good advice."
Saya selalu menerima nasihat yang baik.
EXCEPT pula ialah kata sendi atau kata penghubung yang bermaksud kecuali.
Contohnya: "I teach every day EXCEPT Sunday(s)."
Saya mengajar setiap hari kecuali hari Ahad.